Ciri-ciri blog yang baik

Hai kawan-kawan, kenali blog ini dengan MAOB, bukan apa pun kerana ia seolah-olah tak de identiti langsung, atau memang MAOB mmg x de identiti pun sebelum ni. Aku pun tatau la camne nak olah tentang blog sedangkan aku ni kire newbie mengenainya. Tambahan pula apa yang hendak aku sampaikan lahir daripada hati aku sendiri.  Walau bagaimanapun, ilmu yang sedikit bila kita kongsi nanti jadi banyak, betulkan? Jadi tak perlu la aku kedekut ilmu yang sikit ni untuk dikongsikan dekat korang. Begitu juga dengan peraturan dan tatacara penulisan, maksud aku ilmu mengarang novel.

Ada sesetengah orang dia taknak share tips dan cara, itu terpulang pada mereka kerana mereka sebelum ni mengalami kesukaran untuk manuskripnya diterima penerbit. Macam-macam dorang kena buat, itu dan ini sehinggakan mereka pun pernah rasa nak give-up. Oleh yang demikian mereka juga mengambil langkah supaya korang pun rasa benda yang sama, tapi tak semua orang sama. Tak apalah, belajar daripada kesusahan nanti sampai bila-bila pun korang akan ingat.

Okeylah,berbalik pada topik asal entri ini, ciri-ciri blog yang baik. Berikut adalah pandangan aku mengeni blog yang baik ia sentiasa dikunjungi pengunjung setia mahupun pengunjung yang baru menjejaki blog anda.
  

1 - Blog itu tiada unsur-unsur lucah, maksud aku dia bukanlah blog pronografi. Bila dah ada pornografi dikira tidak baik. Maksud tidak baik di sini adalah ia jelas menunjukkan blog itu adalah untuk buat otak jadi kuning. Bila dah jadi kuning asyik ingat benda yang tak baik je. Kan dah namanya tak baik.

2 - Blog yang baik adalah blog yang mengajak kita berfikir. Artikel yang dipostingkan tu ada benda yang hendak disampaikan. Tidak semua entrinya itu merapu tetapi lebih kepala ilmiah. (Aku tak tekankan mengenai blog peribadi) Jika blog tersebut memiliki ciri-ciri ilmiah sudah pasti ia didokong oleh ilmu di dada untuk dikongsikan bersama.

3 - Tiada unsur fitnah. Pasti ia menjadi blog terbaik kerana ia tidak menimbulkan atau mempersoalkan sesuatu yang belum pasti, maksudnya ia tidak menyebarkan fitnah melainkan kebenaran sahaja. Sebarang keraguan atau menampakkan kejahilan ia sangat merugikan kerana ia akan tercatat sebagai satu dosa yakni menyampaikan sesuatu yang mendatangkan kemudaratan.

4 - Ciri-ciri seterusnya, blog yang memaparkan gambar si penulis, atau lebih dekat lagi berkenaan biodata yang disertakan gambar si penulis yang menjaga auratnya (khusus untuk blogger Islam) ia menyempaikan ilmu yang berfaedah dan dia menjaga dirinya juga. Jadi blog tersebut tidak dicemari dengan ajakan membuat dosa.

5 - Blog yang diuruskan oleh seseorang yang berdedikasi dan blog yang penuh motivasi adalah sebuah blog yang sangat-sangat digalakkan kerana ia menjadi sumber insiprasi kepada pengunjung. Ia bukan sekadar omongan kosong tetapi dilengkapi ciri-ciri islamik serta membuatkan pengunjung tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam.

6 - Informasi yang disampaikan amat berguna dan ia membantu mereka yang berkunjung ke blog anda. Ia terserah pada si blogger bagaimana untuk menyusun atur menu dan isi pengolahan.

Mungkin di antara kita tidak menyedari bahawa kuasa blogger terbatas di negara ini. Apabila bersuara atau menyampaikan pendapat hendaklah berdasarkan pada bukti dan andaian pula tidak diterima sama sekali kerana ia adalah satu spekulasi yang menjuruskan ke arah fitnah. Keterbatasan ini banyak menyekat kebenaran namun sampai ke suatu tahap ia pasti akan terbukti cuma ketikanya belum ditentukan. Matlumat yang diterima pantas tapi dunia maya hanya setakat ini sahaja kerana perkembangannya tidak menyeluruh. Tidak dapat dinafikan bahawa media alternatif ini banyak membantu pelayar mencari matlumat tepat namun semua ini tidak dapat lari dari penyebaran matlumat palsu. Oleh itu persaingan dan berdebatan sentiasa berlaku. Namun, di sini kita perlu menggunakan akal yang waras untuk berfikir yang mana betul dan yang mana salah.

Blog yang baik adalah blog yang sentiasa menyampaikan kebenaran. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seluruh blogger. Sungguhpun begitu, ini adalah dunia kehidupan, tidak pernah luntur dari pancaroba dan dugaan maka inilah yang dinamakan perjuangan. Atas dasar apa kita berblogging? Apa yang hendak kita sampaikan? Itulah yang perlu difikirkan sebelum kita meneruskan misi seterusnya.

Inilah serba sedikit pengetahuan diriku yang tidak seberapa ini. Aku harap kita sama-sama berfikir dan jika aku salah... maka bantulah aku, perbetulkanlah yang mana salah agar aku bisa melihat betapa indahnya kebenaran...

Sekian :-)

Comments

Popular posts from this blog

Perbedaan Ilmu Hadits Riwayah Dan Dirayah

Pengalaman tes di Bank Mandiri

Pidato Bahasa Inggris dan terjemahan tentang Reading is a window to the world